32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

MATA sambut baik langkah MOTAC wujudkan SOP pelancongan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyambut baik inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merangka 13 prosedur operasi standard (SOP) yang akan menjadi garis panduan kepada pengusaha pelancongan dalam situasi Covid-19.

Presiden MATA, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, beliau menaruh kepercayaan kepada kementerian itu dalam merangka SOP tersebut dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesejahteraan sebelum industri pelancongan dibuka sepenuhnya.

“Dengan adanya SOP ini, pelancong domestik dan antarabangsa akan merasa bertambah yakin, percaya dan keselamatan terjamin untuk melancong di dalam negara kita dengan ada SOP yang telah rangka.

“Pemandu pelancong dan bas adalah individu yang penting bagi memastikan segala SOP pelancongan diikuti oleh pelancong semasa berada di dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa hari lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan usaha pihaknya merangka SOP bagi dijadikan garis panduan untuk meningkatkan kembali sektor pelancongan dalam normal baharu.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berharap MOTAC mengadakan satu sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan bagi menerangkan secara terperinci kesemua SOP tersebut.

Katanya, para ahli persatuan pelancongan sudah tidak sabar menunggu SOP tersebut untuk diguna pakai dalam situasi normal baharu bagi menyambut kedatangan pelancong kelak.

“Meskipun sektor pelancongan antara yang terjejas teruk sepanjang tempoh Covid-19 yang melanda negara, MATA dan MOTAC akan terus berganding bahu dan tetap komited melipatgandakan usaha bagi memastikan industri ini dapat bertahan dan pulih dengan segera, seterusnya menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu kejayaan dicapai oleh MOTAC ketika berhadapan situasi mencabar dalam tempoh setahun ini menunjukkan kerajaan sedar dan prihatin terhadap para penggiat industri pelancongan yang teruk terjejas.

Katanya, ini termasuk pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bagi meningkatkan kembali sektor pelancongan.

“Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin, yang begitu perihatin melihat kesusahan kami sebagai pemain industri.

“MATA yakin di akhir kegelapan selama setahun sudah tentu suasana terang menunggu kita di penghujung jalan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan