27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Masjid Kariah Kota anjur Program Bank Makanan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

REMBAU – Masjid Kariah Kota menganjurkan Program Bank Makanan bagi membantu penduduk setempat yang terjejas akibat kesan pandemik COVID-19.

Orang ramai termasuk mereka yang tinggal di luar kariah boleh mengambil makanan yang diperlukan dari rak khas yang disediakan di masjid tersebut.

Antara bahan makanan yang disediakan adalah beras, mi segera, bihun, tepung, gula dan makanan dalam tin.

Selain itu, jawatankuasa Masjid Kariah Kota turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang berkemampuan untuk menjayakan program berkenaan.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk makanan yang tidak mudah tumpah atau rosak dan wang tunai.

Penghantaran dan pengambilan makanan boleh dilakukan semasa waktu solat fardu lima waktu.

Masjid Kariah Kota
Sumbangan kepada Masjid Kariah Kota juga boleh disalurkan melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Pada masa yang sama, orang ramai boleh menyumbangkan infak dan derma kepada Masjid Kariah Kota melalui aplikasi Touch n Go eWallet di bawah inisiatif Digital Rembau.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memuat turun aplikasi Touch n Go eWallet dari Google Play Store dan Apple App Store.

Kemudian, imbas kod QR yang dikhususkan untuk Masjid Kariah Kota.

Seterusnya, masukkan jumlah yang ingin diinfak dan selepas itu, masukkan nombor PIN enam digit.

Jumlah yang dimasukkan tadi akan ditolak daripada baik akaun Touch n Go eWallet.

Sememangnya, amalan bersedekah yang amat digalakkan dalam Islam mempunyai banyak manfaat.

Memetik laman blog Korban & Aqiqah di Kemboja, lima manfaat amalan yang mulia itu adalah seperti berikut:

Menghapus dosa

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan kita yang lalu setelah kita bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Mendapat ganjaran pahala

Amalan bersedekah dengan ikhlas juga akan dibalas dengan ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa, ayat 114)

Rezeki Akan Bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Mendekatkan diri kepada Allah SWT

Kita juga dapat memperteguhkan iman serta mendekatkan diri kepada Allah SWT jika selalu bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

Perbuatan ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

Dapat memadamkan kepanasan alam kubur

Ramai orang tidak tahu tentang kelebihan ini yang boleh diterima melalui amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Sehubungan itu, rebutlah peluang untuk melakukan amal jariah sebanyak-banyaknya semasa kita masih hidup di dunia yang fana ini. – EDISI 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan