32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Gambar Ab Rauf diconteng perkataan kesat

Mesti Baca

MELAKA – Kecoh dalam kalangan penduduk di Pulau Gadong dekat sini semalam apabila dua papan iklan memaparkan gambar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diconteng dengan perkataan kesat dan kurang sopan.

Papan iklan itu yang terletak bersebelahan surau Alwaliyah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang.

Gambar itu disedari oleh beberapa penduduk petang tadi dan foto yang diconteng itu terus diviralkan melalui aplikasi WhatsApp seluruh UMNO bahagian di negeri ini.

Rauf
Gambar Ab Rauf dalam satu lagu papan iklan turut diconteng.

Gambar pertama yang diconteng itu terpampang di papan iklan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Gadong dalam Parlimen Tangga Batu.

Hanya gambar muka Rauf diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di samping dua tokoh lain iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Gambar Ahmad Zahid dan Mohamad Ali tidak diconteng.

Gambar kedua Rauf yang memaparkan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali turut diconteng dengan perkataan yang sama.

Ab Rauf juga menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sejak pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri ini tumbang dengan sendirinya.

Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Kerja UMNO.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada UMNO Melaka akan mengambil tindakan lanjut berhubung insiden tersebut dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan. – EDISI 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan