36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Masa depan UMNO ditentukan rakyat, bukan PN – Khaled

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, masa depan parti itu ditentukan oleh rakyat bukannya soal kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Tegas beliau, rakyatlah yang akan menentukan jika UMNO ini akan mara atau ditumpaskan.

“Rakyat lah yang akan menentukan segala-galanya dan kepada rakyatlah kita mesti memberi segala tumpuan waktu ini. Bukannya rundingan berterusan peringkat atasan yang tidak akan mepengaruhi pemikiran rakyat pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Mohamed Khaled dibuat ketika hubungan UMNO dan Bersatu terus tegang selepas Presiden parti itu, Datuk Ser Dr.Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO tidak akan bekerjsama dengan parti serpihan UMNO tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mohamed Khaled menyeru seluruh penyokong UMNO untuk segera bekerjasama dengan rakyat untuk rakyat bagi memastikan kemenangan parti tersebut dalam PRU akan datang.

“Jangan buang masa dengan polemik politik di peringkat atasan. Kerana masa depan UMNO adalah pada undi mereka yang biasa-biasa,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, kebelakangan ini terlalu banyak sekali gesaan untuk UMNO memikirkan semula pendiriannya untuk tidak mendukung PN pada PRU ke 15.

“Pelbagai alasan di gunakan terutama sekali retorik perpaduan ummah bahawa seolah-olah UMNO mengabaikannya. UMNO tidak pernah mengabaikan kepentingan ummah barang seketika pun. UMNO lah yang merintis jalan perpaduan Melayu memerdekakan negara.

“UMNO lah yang menerima kembali Semangat 46 demi perpaduan Melayu. Dan UMNO jugalah yang mengajak Pas untuk bersama menubuhkan Muafakat Nasional,” katanya.

Sehubungan itu tegas beliau, tidak menyertai PN bukan mengenepikan kepentingan Melayu, sebaliknya UMNO ada perhitungan politiknya tersendiri.

“UMNO bukan parti dengan ‘ herd mentality’. UMNO adalah parti dengan pendirian bahawa survival UMNO itu lebih utama daripada survival PN. Dan nampaknya ramai orang lupa pendirian UMNO ini berakar dari pendirian penyokong akar umbinya.

“UMNO parti orang kebanyakan. Kami bukan parti yang terbentuk dengan percaturan golongan elit yang khianat pada mandat rakyatnya. Kerana mendengar hasrat akar umbilah UMNO memutuskan sedemikian bahawa ia akan bertanding sebagai BN,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan