26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 19, 2021

PM kongsi pengalaman selepas suntikan pertama vaksin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi pengalaman selepas lebih 24 jam menerima suntikan vaksin Covid di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, semalam.

Melalui rakaman video, Perdana Menteri berkata, beliau berada keadaan sihat dan tidak berasa demam atau luar biasa selepas menerima suntikan pertama.

Beliau yang kelihatan ceria turut memaklumkan akan menerima suntikan kedua pada 17 Mac ini.

“Alhamdulillah saya sihat, saya tidak rasa nak demam, tidak rasa luar biasa, makan macam biasa, selera macam biasa, jadi bagi saya vaksin yang saya terima ini agak baik.

“Jadi saya sekali lagi nak minta kita semua memainkan peranan masing-masing menyokong usaha kerajaan dan negara melandaikan penularan Covid-19,” katanya.

Beliau meminta rakyat beramai-ramai mendaftar untuk mendapatkan suntikan menerusi aplikasi MySejahtera.

“Saya pun ada (aplikasi) dalam telefon saya ini. Semua data dan maklumat saya terima sejak semalam, selepas mendapat dos yang pertama. Saya akan mendapat dos kedua 17 Mac ini, selepas itu akan diberi sijil yang mengesahkan saya sudah selesai mengambil vaksin,” katanya.

Baca juga:   UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin letak jawatan

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk mematui SOP seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan tidak berkunjung ke tempat ramai orang.

Semalam, Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Baca juga:   Bekas atlet negara harap gusti lengan jadi sukan teras

Perdana Menteri menerima suntikan itu di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 jam 2.42 petang oleh jurusuntik yang dilantik Kementerian Kesihatan, Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Ia disusuli Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut menerima vaksin semalam. – Edisi 9

Terkini

PRN Melaka: UMNO, BN kerjasama dengan pihak lain belum rasmi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan muktamad UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan mana-mana...

Lagi Artikel Berkaitan