27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangkitan harian baharu kembali bawah 2,000 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Malaysia kembali menunjukkan trend penurunan kes harian baharu secara konsisten sejak Ordinan Darurat dikuatkuasakan pada 11 Januari lalu.

Buat kali pertama, jumlah kes harian yang dicatatkan adalah kurang daripada 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,924 kes harian baharu dicatatkan hari ini.

“Ini adalah merupakan perkembangan yang sangat positif dan diharapkan situasi semasa COVID-19 akan bertambah baik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, kes jangkitan harian melonjak sehingga melepasi 4,000 kes dan menyebabkan PKP terpaksa dikuatkuasakan hampir di seluruh negara.

Selangor merupakan negeri yang kerap mencatatkan jumlah kes harian tertinggi.

Negeri-negeri yang pernah merekodkan kes harian tertinggi termasuk Negeri Sembilan dan Perak.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia setakat hari ini:

Kes sembuh: 3,752 kes (263,761 kes kumulatif, 89.8 peratus);

Kes harian baharu: 1,924 kes (293,698 kes kumulatif);

Kes import: 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,918 kes [1,543 warganegara (80.4 peratus); 375 bukan warganegara (19.6 peratus)];

Kes aktif: 28,837 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 205 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 91 kes; dan

Kes kematian: 12 kes (1,100 kes kumulatif, 0.37 peratus).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan satu kes di Pulau Pinang.

Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

harian
harian
harian

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 666 kes (34.6 peratus).

Daripada jumlah itu, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 257 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 219 kes (11.4 peratus).

Kes positif 1,924 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 666 kes
187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan;
340 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 257 kes
107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 219 kes
54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ho Pin;
59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 218 kes
53 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Putra Silang;
98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 162 kes
59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Murni;
38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 120 kes
98 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Mak Teh;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 93 kes
34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 62 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 44 kes
15 kes daripada kluster sedia ada;
18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 29 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 22 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Pahang: 19 kes
10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Indera Mahkota;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Enam (6) kes
Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Labuan: Empat (4) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Februari 2021:

Jumlah kluster: 1,111 kluster;

Jumlah kluster baharu: 8 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 612 kluster (termasuk 18 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Perak, Kluster Kayuh, Kluster Jalan Satria, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Dewani Satu, dan Kluster Jalan Indah);

Jumlah kluster aktif: 499 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 93 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

kluster

Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER INDUSTRI 19
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di U19, Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SS LAPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di SS 8, Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 600 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat, Klang, dan Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN HO PIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Kuching, dan Serian di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-279787) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung dari 11 Februari 2021 hingga 13 Februari 2021 di Kuching. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ho Pin off Jalan Datuk Mohd Musa, Samarahan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PUTRA SILANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-276106) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kepong. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks iaitu di Jalan Silang, Taman Kepong Setia. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LORONG MURNI
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287624) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Lorong Murni 9, Taman Desa Murni, Seberang Perai Utara. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG MAK TEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-283224) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Kampung Mak Teh, Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285746) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan