24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penduduk negeri lain juga perlukan bantuan beras – Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan memperluaskan program bantuan beras secara percuma yang diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan ke negeri-negeri lain.

Presiden UMNO itu berkata, ini kerana nasi adalah makanan ruji rakyat di negara ini dan mereka juga memerlukan beras untuk menggalas perut mereka setiap hari sepertimana yang bakal diterima oleh warga ibu kota.

“Benar Program MyBeras@Wilayah dikendalikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

“Tetapi sampaikah hati kita melihat mereka di tempat lain yang mungkin juga memerlukan bantuan beras berputih mata mendengar pengumuman program itu?

“Mereka juga perlukan beras seperti penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Mereka juga rakyat Malaysia. Nasi adalah makanan rutin rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi akaun Telegramnya.

Advertisements

Ahmad Zahid mengulas mengenai Program MyBeras@Wilayah yang mana sebanyak 5,750 kampit beras diedarkan setiap minggu kepada rakyat dari kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada masa yang sama beliau berharap lebih banyak kampit beras disediakan di bawah program tersebut memandangkan jumlah keluarga yang berada di bawah garis kemiskinan di Kuala Lumpur melebihi 30,000 orang.

“Mujur makanan rutin rakyat Malaysia bukan chicken chop atau harimau menangis, maka tidaklah setinggi itu kos diperlukan kerajaan untuk membantu rakyat menggalas perut pada waktu-waktu sukar begini,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan program itu secara dalam talian semalam berkata, program MyBeras@Wilayah itu merupakan tambahan kepada inisiatif 5MY yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Lima inisiatif itu ialah MyJob@Wilayah, MyGrocer@Wilayah, MySchoolBus@Wilayah, MyMedic@Wilayah dan MyFoof@Wilayah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan