27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan, 18 hingga 20 Oktober ini

Tema persidangan kali ini ialah “Individu Ceria, Keluarga Bahagia, Organisasi Sejahtera”.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan KPM bagi Tahun 2022 di Hotel Trove, Johor Bahru pada 18 hingga 20 Oktober ini. 

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pada 20 Oktober 2022 ini pukul 11.30 pagi.

Tema persidangan kali ini ialah “Individu Ceria, Keluarga Bahagia, Organisasi Sejahtera”.

Antara objektif persidangan adalah untuk memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi, di samping meningkatkan kompetensi Kaunselor Pendidikan.

Persidangan ini juga merupakan medan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran bagi membantu para peserta, khususnya Kaunselor Pendidikan dalam menangani isu semasa yang berlaku di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara pengisian persidangan kali ini adalah perkongsian berkaitan konsep Individu Ceria, Keluarga Bahagia, Organisasi Sejahtera, yang disampaikan oleh Dr. Rodiah Idris dari Bahagian Psikologi & Kaunseling (BPsK) dan Transformasi Pendidikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Md. Said Md. Daimon.

Selain itu, persidangan ini juga mengetengahkan pakar psikologi dan kaunseling dari dalam dan luar negara, iaitu Dr Naniek Krishnawati dari Indonesia, Dr. Nattasuda Taephant dari Universiti Chulalongkorn, Thailand, Prof Dr. Huzili Hussin dari Universiti Malaysia Perlis, Dr.Zulfikar Ahmad dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Samsilah Roslan dari Universiti Putra Malaysia, serta tenaga pakar dari Yayasan Keluarga Darul Takzim, Johor.

Persidangan yang berlangsung di Johor Bahru ini turut akan dihadiri oleh Kaunselor Pendidikan dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, para Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Pegawai Psikologi dari agensi awam, Guru Bimbingan dan Kaunseling serta para pelajar antarabangsa.

Seramai lebih 350 peserta dijangka akan hadir dan mengikuti persidangan kali ini secara bersemuka atau secara dalam talian.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan