28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lif jatuh dari tingkat lapan, dua cedera patah kaki

Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA individu patah kaki, manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki jatuh dari tingkat lapan dalam kejadian di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam.

“Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam tadi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan