25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Muhyiddin dakwa pengundi marah adakan PRU musim banjir

Beliau meminta pengundi tidak menjadikan kemarahan itu sebagai alasan untuk tidak keluar mengundi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ramai pengundi marah dan tidak suka pilihan raya diadakan pada musim banjir.

Bagaimanapun menurutnya, beliau meminta pengundi tidak menjadikan kemarahan itu sebagai alasan untuk tidak keluar mengundi.

“Tindakan sedemikian hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya menasihati para pengundi agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih PN melihat kepada sumbangan parti itu sewaktu mengetuai kerajaan,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Beliau berkongsikan hantaran tersebut setelah berkesempatan bersarapan pagi dan minum petang dengan masyarakat Tionghoa di pekan Panchor dan Bukit Pasir, Pagoh, Johor.

“Mereka adalah penduduk asal yang sudah berpuluh-puluh tahun tinggal di sini.

“Kami berbual tentang pelbagai perkara dan kebanyakan mereka mengeluh tentang kos sara hidup dan harga barang keperluan seharian yang meningkat sejak beberapa bulan lalu.

“Saya memahami apa yang sedang mereka hadapi sama seperti beribu-ribu lagi kumpulan miskin dan berpendapatan rendah lain yang berhadapan dengan situasi yang serupa,” kongsinya.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, masyarakat berketurunan Cina di Panchor pula menyuarakan rasa bimbang tentang musim hujan yang mula melanda kerana kawasan pekan Panchor.

“…ia merupakan salah satu tempat yang sering dilanda banjir. Saya menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati dan mendengar nasihat agensi bantuan dan keselamatan,” katanya.

Terdahulu pada sebelah paginya ketika mesyuarat Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor, beliau menekankan tentang kepentingan semangat kerjasama, penyelarasan dan komunikasi dalam setiap gerak kerja.

Langkah itu menurut beliau bagi memastikan pengundi menerima mesej yang jelas tentang keberadaan Bersatu dan PN dalam landskap politik negara.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan