24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangan biarkan UMNO berkecamuk – Tok Mat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa ahli-ahli parti agar bertenang dan jangan biarkan parti keramat itu berkecamuk.

Mohamad secara berseloka menerusi hantarannya di Facebook malam tadi berkata, jika UMNO terus berpecah beliau percaya ramai yang akan bergembira.

Katanya, beliau sengaja mendiamkan diri berhubung ribut yang berlaku di dalam parti itu bagi mengelak ia bertambah buruk.

“Ramai orang tertanya-tanya mengapa saya membisu seribu bahasa. Bagi saya, biarlah ribut ini reda. Saya tak mau menambah duka. Yang penting parti mesti diperkasa PRU-15 kita nak jadi juara,” katanya.

Berikut seloka Mohamad yang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO:

Ramai orang tertanya-tanya
Mengapa saya membisu seribu bahasa
Bagi saya, biarlah ribut ni reda
Saya tak mau menambah duka
Yang penting parti mesti diperkasa
PRU-15 kita nak jadi juara

Advertisements

Jika kita berpecah ramai yang seronok
Kita berkecamuk ramai yang gembira
Ayuh kita cari mana yang elok
Elakkan yang cela hilangkan lah lara.

Susunlah langkah menuju hala
Pakat-pakatlah untuk bertenang seia sekata
Jangan parti berkecamuk dan bergelora
PRU-15 mesti jadi keutamaan kita.

Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota
Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita
Ketika itu tepuk dada tanyalah selera
Jika itu satu-satunya cara
Untuk tenangkan jiwa yang lara.

Sejak akhir-akhirnya UMNO kelihatan berkecamuk apabila berlaku pertembungan antara pemimpin yang mesra Bersatu dan yang menolak kerjasama dengan parti serpihan UMNO itu.

Terbaru, berlaku sindir-menyindir antara bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dengan penggantinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung proklamasi darurat yang diumumkan kerajaan.

Annuar mendakwa Ahmad ‘tidak begitu cerdik” dalam soal undang-undang apabila menyeru Ahli-ahli Parlimen BN menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen untuk membincangkan isu darurat tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan