30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Padah simpan trofi tanduk rusa, lelaki warga emas ditahan

Mesti Baca

KOTA BHARU – Tindakan seorang lelaki warga emas menyimpan satu trofi disyaki tanduk rusa tanpa sebarang dokumen mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa, Sabtu lalu.

Malah lelaki terbabit juga turut didapati menyimpan beberapa bahagian hidupan liar dipercayai daging dan kepala rusa.

Suspek berumur 68 tahun ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan ke atas sebuah premis di daerah Jeli, Kelantan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan telah berjaya merampas satu trofi disyaki tanduk rusa dan beberapa bahagian hidupan liar disyaki daging dan kepala rusa.

“Siasatan awal mendapati suspek berumur 68 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen penyimpanan sah yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN,” katanya hari ini.

Kenyataan itu pada masa sama memberitahu, operasi itu melibatkan kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Suspek katanya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dan laporan polis telah dibuat.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [𝐴𝑘𝑡𝑎 716],” tambah kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan