32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

‘Saya tidak pernah berbincang, jauh sekali untuk bersama DAP’

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak pernah berbincang apatah lagi untuk bersama DAP.

Malahan, jelas beliau, amat sukar bagi mana-mana orang UMNO untuk menyokong DAP termasuk beliau dan para pemimpin utama parti itu.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Pontian itu, perjuangan DAP berbeza dengan UMNO dalam banyak perkara.

“Macam-macam ada dalam media sosial. Perjuangan DAP berbeza dgn perjuangan UMNO dalam banyak perkara.

“Sukar untuk seorang UMNO menyokong DAP termasuk saya dan begitu juga pimpinan utama serta ahli UMNO yang lain.

“Saya tentunya tidak pernah berbincang untuk itu, jauh sekali untuk bersama mereka,” katanya dalam ciapan di twitternya hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa meminta ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tampil berterus terang.

Tegas beliau, jika laporan berhubung perkara itu yang dilaporkan oleh media adalah khabar angin berbentuk fitnah mereka perlu membuat laporan polis.

Baca juga:   Noh pro-prinsip secara selektif - Puad

Hari ini Astro Awani melaporkan satu sumber yang rapat dengan percaturan itu mendakwa Anwar dari PKR yang mewakli Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP dan Amanah mendapat ‘nafas baharu’ apabila disokong oleh 10 Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Baca juga:   Pembukaan sekolah JAIS dipinda kepada 10 Januari 2022

Menurut sumber tersebut, sokongan diperolehi daripada 10 MP ahli Parlimen berkenaan adalah dalam bentuk akuan bersumpah yang akan dipersembahkan kepada Yang d-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Astro Awani turut melaporkan penafian oleh sumber dalam PH yang menyifatkan ia sebagai palsu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan