26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Annuar minta Ahli Parlimen UMNO dikaitkan akuan bersumpah berterus-terang

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa meminta ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tampil berterus terang.

Tegas beliau, jika laporan berhubung perkara itu yang dilaporkan oleh media adalah khabar angin berbentik fitnah mereka perlu membuat laporan polis.

“Batang tubuh yang tahu, kalau ia kita tahu sebagai fitnah, jangan benarkan, mesti berani buat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kalau perkara itu betul (mereka) perlu berterus-terang, jangan parti buat keputusan lain, individu buat keputusan lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan bloger di Kota Bharu, hari ini seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Hari ini Astro Awani melaporkan satu sumber yang rapat dengan percaturan itu mendakwa Anwar dari PKR yang mewakli Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP dan Amanah mendapat ‘nafas baharu’ apabila disokong oleh 10 Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber tersebut, sokongan diperolehi daripada 10 MP ahli Parlimen berkenaan adalah dalam bentuk akuan bersumpah yang akan dipersembahkan kepada Yang d-Pertuan Agong.

Advertisements

Bagaimanapun Astro Awani turut melaporkan penafian oleh sumber dalam PH yang menyifatkan ia sebagai palsu.

Sementara itu Annuar menegaskan, keputusan parti sehingga kini tetap tidak berganjak daripada keputusan ‘No Anwar, No DAP’.

“Keputusan itu masih kita pegang sehingga saat saya bercakap ini, selain daripada itu ia bukan keputusan parti.

“Sebagai ahli parti kita kena ikut dasar parti, keputusan parti adalah suara ramai. Keputusan individu itu suara kita seorang,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai dakwaan ada konspirasi pihak tertentu mengubah pendirian parti, Annuar berkata, ancaman itu sentiasa ada memandangkan perbezaan kerusi pihak pembangkang dan kerajaan yang tipis.

“Saya ingin tegaskan, pada saat rakyat sedang mengalami kesusahan, kita tidak sepatutnya berpecah sebaliknya bergabung tenaga untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan