24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ops Halangan Bersepadu: JPJ Pulau Pinang keluar 707 saman

Mesti Baca

GEORGETOWN – Membawa kayu penyendal secara tidak selamat, tayar haus berlebihan, membawa muatan secara bahaya dan lebih muatan merupakan antara kesalahan yang dikenakan notis saman semasa Ops Halangan Bersepadu di Plaza Tol Juru di kedua-dua arah utara dan selatan, malam tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, operasi bersepadu itu membabitkan PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta JSPT PDRM, AADK, dan DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) bermula dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Membawa kayu penyendal secara tidak selamat antara kesalahan yang dikenakan notis saman oleh JPJ. Foto FACEBOOK JPJ

Menurutnya, sepanjang operasi selama empat jam itu, sebanyak 2,080 buah kenderaan diperiksa dan sebanyak 643 buah kenderaan diambil tindakan dengan 707 notis dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan. 

“Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor ( LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, membawa kayu penyendal secara tidak selamat, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap, membawa muatan secara bahaya dan lebih muatan.

“Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil kepada pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Kata kenyataan JPJ Pulau Pinang lagi, tumpuan utama Ops Halangan Bersepadu itu adalah kenderaan barangan yang menggunakan lebuhraya PLUS.

Ujarnya, ini bagi memastikan lebuhraya bebas daripada sebarang objek atau halangan yang jatuh daripada kenderaan barangan seperti kayu penyendal, serpihan tayar, besi dan lain- lain. 

“Ianya juga bagi memastikan lebuhraya selamat digunakan oleh semua pengguna kenderaan serta untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) bagi mengurangkan kadar kemalangan di lebuhraya.

“JPJ Pulau Pinang komited bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan kepada pengguna jalan raya agar ‘Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai’ ke destinasi serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terutama membabitkan kenderaan barangan yang menggunakan lebuhraya,” tambah kenyataan itu.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan