24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kapal LCS: Zahid sedia bekerjasama dengan PAC

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia menjadi saksi jika dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan itu berkata, LCS dibina oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) iaitu anak syarikat Boustead Holdings Bhd yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC mengenai apa-apa maklumat mengenainya.

“Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

Advertisements

“Saya sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, dan semoga ketelusan siasatannya diketahui umum,” katanya menerusi akaun Telegramnya lewat malam tadi.

Semalam Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, pihaknya akan memanggil Zahid bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam LCS tersebut.

Turut akan dipanggil adalah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Kah Woh memberitahu, sebelum ini pihaknya sudah memanggil Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul, masing-masing pada 5 November serta 18 November lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan