26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

KWSP: Sejauh mana kejujuran Najib ?

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

ANALISIS
Oleh : MOHAMAD ASRI


Isu pengeluaran Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih tidak reda-reda lagi. Semuanya berpunca daripada dakwaan semberono mengenai syarat-syarat ‘yang kononnya menyusahkan.’

Dalam isu ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak paling lantang bersuara dan kelihatan seperti seorang hero yang diutus bagi menyelamatkan sekumpulan manusia yang sedang ditindas.

Kelantangannya dalam media sosial cukup luar biasa, mengalahkan kehebatan seluruh suara ahli politik pembangkang. Najib bijak dan sangat cekap dalam hal-hal mencuri perhatian.

Sejurus selepas KWSP mengeluarkan kenyataan akhbar, beliau membuat hantaran ringkas dengan menyertakan kenyataan akhbar KWSP dalam Facebook beliau dengan pertanyaan Okay atau Tidak? i-Happy atau i-Kecewa? Hantaran tersebut mendapat 50,000 lebih komen. Bekas Perdana Menteri ini memang mempunyai ramai pengikut termasuk pengikut ‘akaun palsu’ yang tidak sukar pun untuk dikenali.

Selepas itu beliau membuat satu lagi hantaran baharu yang berupa kenyataan penuh mengkritik syarat berhubung pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus’. Yang peliknya, Najib tidak sekalipun menyentuh banyak lagi ‘perkara-perkara baik’ lain dalam Kategori 1 yang diumumkan oleh KWSP dalam kenyataan akhbar tersebut.

Baca juga:   Siasatan lelaki dituduh cuba bersetubuh luar tabii diteruskan

Sebagai contoh mereka yang layak seperti suri rumah sepenuh masa, pemandu bas sekolah, pengawal keselamatan, kru filem, kumpulan yang hilang pekerjaan dan yang diberi notis tanpa gaji.

Mereka hanya perlu memohon secara online dan tidak perlu menyertakan apa-apa dokumen sokongan malah kelulusan diberikan secara secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

Baca juga:   PUTRA mahu SPRM siasat 3 Ahli Parlimen disebut Zahid

Perkara tersebut tidak sedikitpun disentuh Najib sedangkan golongan ini juga menerima kesan lebih teruk dibandingkan dengan mereka yang masih bekerja dan mengalami pengurangan gaji.

Jaminan KWSP bahawa agensi itu mahu membantu sebaik mungkin setiap ahli walaupun mereka tidak layak untuk dua-dua kategori juga tidak diperkatakan langsung.

Najib memilih satu perkara kecil dalam isu pengeluaran KWSP dan cuba menjadikannya besar dan kelihatan kotor pada pandangan rakyat.
Kalau betul-betul ikhlas mahu membantu, beliau tidak perlu memilih jalan dengan cara menyerang KWSP sedemikian rupa. Masih banyak lagi jalan penyelesaian lain yang lebih bijak.

Sebelum ini beliau juga rancak mengkritik Belanjawan 2021. Sejak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sen Bhd (SRC), Najib tidak pernah sunyi daripada ‘bersuara dan menjadi perhatian’.

Beliau juga secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak selesa dengan hubungan UMNO-Bersatu dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah beliau didakwa pernah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin.

Baca juga:   PUTRA mahu SPRM siasat 3 Ahli Parlimen disebut Zahid

Tidak sukar untuk mentafsir tindakannya ini. Adakah ini sedikit sebanyak berpunca daripada rasa ‘berbuku di dalam hati’ berhubung beberapa isu termasuk isu peribadi beliau sendiri?

  • Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi9.
Baca juga:   Kadar RMT dinaikkan RM1 bermula 6 November

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan