29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ke mana halatuju Muafakat Nasional selepas Perak?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


ANALISIS
Oleh : MOHAMAD SYUKRI MAT AROP

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Dalam undian belah bahagi pada sesi persidangan DUN negeri itu pagi ini, beliau hanya mendapat 10 undi menyokong manakala 48 ADUN lagi tidak menyokongnya sebagai Menteri Besar Perak.

Menariknya usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal dikemukakan Datuk Abd. Manaf Hashim, ADUN Pengkalan Baharu daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Betul, usul berbunyi Undi Kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Perak tetapi, ia sebenarnya adalah `Vote of No Confident. ‘ Bermakna, usul ini bertujuan untuk menumbangkan Menteri Besar Perak, yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Di sini timbul persoalan tentang hala tuju gabungan UMNO dan Pas di dalam Muafakat Nasional yang jelas tidak menunjukkan kesepakatan dalam sokongan mereka ke atas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Perak.

Dalam situasi ini, UMNO lebih menunjukkan kesepakatan dan kemuafakatan bersama Pakatan Harapan (PH) yang memperkukuhkan lagi kedudukan DAP, PKR dan Amanah di Perak.

Perjuangan membela nasib orang Melayu dan umat Islam kini hanya terletak di bahu Bersatu dan Pas selepas UMNO dilihat membuat keputusan untuk bersekongkol dengan seteru lamanya DAP demi menduduki kerusi Menteri Besar Perak.

Keputusan DUN Perak hari ini juga membuktikan UMNO selama ini hanya bermain wayang dengan DAP bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu dan umat Islam, sekali gus menafikan keikhlasan parti Melayu itu.

Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan hari ini ialah DAP yang sebelum ini berjaya disingkirkan dari kerajaan negeri Perak, mungkin kembali berkuasa dengan bantuan UMNO.

Jadi masih relevankah Muafakat Nasional selepas ini?

  • Tulisan ni adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan