29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

“Kenapa serang dan fitnah saya pada hari kematian bonda’’ – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas tindakan kumpulan bekas PKR yang kini pro-Perikatan Nasional setelah melompat ke dalam parti Bersatu menyerang dan memfitnah beliau pada malam bekas Perdana Menteri itu dan seluruh ahli keluarganya berkabung berikutan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah.

Melalui laman Facebook beliau, Najib mempersoalkan apakah keperluan mendesah kumpulan tersebut sehingga mereka sanggup berbuat demikian.

‘’Apa keperluan mendesaknya bagi geng ex-PKR yang kini pro-PN setelah mereka lompat ke PPBM untuk serang dan fitnah saya pada malam saya serta seluruh keluarga sedang berkabung setelah bonda kesayangan kembali ke rahmatullah pada petang hari itu? Bonda meninggal pukul 4 petang, pukul 8.30 (malam) dah mula serang saya semula?’’, katanya.

Najib turut mempersoalkan, kenapa pula serang beliau mengenai isu pengeluaran KWSP sedangkan cadangan moratorium pinjaman pertama dan pengeluaran Akaun 2 KWSP (yang menjadi skim i-Lestari) pada bulan Mac di mana berjuta-juta rakyat Malaysia mendapat manfaat dan kelegaan.

‘’Kenapa pula nak fitnah saya menipu rakyat sedangkan saya dan UMNO telah melawan dari langsung tiada siapa dibenarkan mengeluar dari akaun 1 KWSP, ke 600,000 orang yang layak kepada 2 juta orang yang layak dan akhirnya ke 8 juta orang yang layak?

‘’Sedangkan saya dan UMNO juga turut dijanji kerajaan dan kita masih berjuang agar bahagian bermasalah terakhir iaitu syarat bagi kategori 2 dimansuhkan?,” katanya.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan