25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

JDT, Perak FA dalam senarai undian kelab paling popular ASEAN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dua kelab bola sepak Malaysia berada dalam 10 senarai undian kelab paling popular di ASEAN anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.

Laman Facebook AFC menyatakan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FA merupakan dua kelab bola sepak tersenarai mewakili Malaysia.

Indonesia mempunyai senarai terbanyak AFC apabila empat kelab iaitu Persebaya Surabaya, Arema FC, Persija Jakarta dan Persib berada dalam undian tersebut.

Advertisements

Dua kelab Vietnam,  Hanoi FC dan Hoang Anh Gia Lai berada dalam senarai undian ketika Buriram United (Thailand) dan Western Sydney Wanderers (Australia) turut disenaraikan AFC.

Bagi peminat bola sepak tempatan boleh membuat undian mereka pada pautan http://bit.ly/MPC_ASEAN.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila undian itu akan berakhir.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan