24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Rayuan haji dengan THiJARI – Dr Zulkifli

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Rayuan haji bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini lebih mudah selepas permohonan itu boleh dibuat menggunakan aplikasi THiJARI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, aplikasi itu dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan.

Dr Zulkifli

Beliau berkata, rayuan haji akan dibuka bermula hari ini hingga 13 Februari tahun depan.


“Seperti tahun sebelumnya, lebih-lebih lagi ramai terkesan penularan Covid-19, rayuan haji dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar pejabat Tabung Haji, tetapi selepas ini tidak perlu lagi.

“Selain daripada rayuan haji, bakal haji juga boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi itu,” katanya yang dipetik Astro Awani hari ini.

Ditanya mengenai bakal haji yang kurang mesra kepada teknologi untuk menggunakan aplikasi itu, Dr Zulkifli berkata, pihak Tabung Haji akan mengajar mereka yang tidak faham atau tidak tahu menggunakan kemudahan tersebut.

“Rayuan ini pula adalah mereka yang pernah memohon untuk melakukan ibadah haji dan sudah pasti maklumat berhubung prosesnya sudah diketahui sedikit sebanyak. Tidak semua akan merayu.

Baca juga:   Maritim gagalkan seludup Murai, seorang maut tertembak

“Saya juga yakin, anak-anak yang cerdik pandai akan mudah mengakses aplikasi ini (bagi pihak bakal haji masing-masing),” jelasnya.

Baca juga:   Virtual Halal School dilancarkan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan