26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Annuar pertahan Ketereh, dakwa sudah dapat persetujuan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, pemilihan beliau untuk kerusi berkenaan telah dipersetujui UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ia berdasarkan perbincangannya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mana Presiden Bersatu itu mengesahkan beliau akan bertanding bagi kerusi itu.

“Pada perbincangan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, tempat-tempat yang ada tokohni kita bincang la. 

“Macam di Ketereh ada you (Annuar) ada Dr Radzi Jidin, tapi Ketereh tentu you la yang bertanding tak kan Radzi.

“Ini menunjukkan saya sudah mendapat persetujuan awal untuk pertahan Ketereh,” kata Annuar malam tadi.

Annuar memberitahu, Muhyiddin pada awal perbincangan itu bertanyakan padanya tentang pembahagian kerusi dan minta rundingan itu dipercepatkan.

Menurutnya, Muhyiddin tidak mempunyai masalah jika UMNO mahu bertanding banyak kerusi pada PRU15.

“Tak apalah UMNO ambik banyak kerusi. Bersatu kita tak bertanding banyak kerusi pun tak apa tapi jangan bagi ‘ciput’ lah.

“Mana-mana tempat yang ada tokoh pula kita bincang la,” katanya.


Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dengan majoriti terbesar pernah diperolehnya.


Annuar  memperoleh majoriti 4,626 undi berbanding 974 pada PRU-13 lalu menewaskan calon PAS, Wan Ismail Wan Jusoh dan calon PKR, Dr Mohd Radzi Mohd Jidin.

Sementara itu, Annuar sekali lagi menegaskan bahawa UMNO akan menpertahan semua 55 kerusi yang dimenangi pada PRU-14 lalu termasuk kawasan 15 Ahli Parlimen yang melompat ke Bersatu.

Tambahnya, kerusi-kerusi yang tewas pula akan dibincangkan secara bersama antara PN dan BN.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan