25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

INKA Creative miliki 10 peratus Kerteh FC

Mesti Baca

KERTEH – Syarikat agensi kreatif, INKA Creative Sdn Bhd membuat pelaburan di dalam sebuah kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC melalui pembelian saham KAL Services Sdn Bhd sebanyak 10 peratus. 

Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim berkata, pembelian saham itu adalah sebahagian daripada perjanjian untuk membantu Kerteh FC dalam strategi, pemasaran dan penjenamaan kelab.

Beliau berkata, sebahagian daripada inisiatif baru bersama INKA Creative adalah untuk membentuk imej baru Kerteh FC sejajar dengan perkembangan industri bola sepak negara dan antarabangsa. 

Menurutnya, ini akan membuka ruang kepada Kerteh FC untuk menginovasi pengurusan pasukan bola sepak ke tahap yang lebih tinggi serta menjadi peneraju revolusi penjenamaan dan imej kelab bola sepak komuniti di Malaysia. 

Kerteh FC muncul juara berganda Liga Amatur Terengganu dalam penampilan pertama mereka tahun lalu.

“Dalam era teknologi digital pasca Covid-19 ini, kita akan melihat bagaimana teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam memberi penambahbaikan bagi perniagaan, peningkatan pengalaman pengguna dan kepintaran proses untuk menghasilkan perniagaan lebih menguntungkan. Kelab amat memandang serius akan kepentingan ini. 

“Kelab juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada INKA Creative, yang menaruh kepercayaan kepada kami dalam pemilikan sebahagian daripada saham kelab,” kata Mohd Razeman dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Pengarah  INKA Creative, Al-Amin Abd Moin menjelaskan, syarikat itu turut berperanan memberi latihan dan mengurus kakitangan Kerteh FC bagi menghasilkan kerja-kerja rekabentuk kreatif digital kelab di laman sesawang, media sosial dan aset-aset di bawah seliaan kelab. 

“Kami percaya dengan kebolehan dan potensi Kerteh FC sebagai kelab bola sepak komuniti yang mampu mengubah pandangan dan persepsi peminat bola sepak terhadap kelab-kelab tempatan. 

MOHD RAZEMAN MAT NASHIM

“Bersama INKA Creative, Kerteh FC akan membangun seiring dengan visi dan wajah baru. Adakah anda sudah bersedia untuk era baru bola sepak negara?.” Jelasnya.

Untuk rekod, INKA Creative telah banyak terlibat dalam pembinaan jenama pelbagai syarikat. Mereka pernah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dalam aspek penjenamaan dan pemasaran secara komprehensif. 

INKA Creative Sdn Bhd mempunyai pengalaman luas dalam dunia kreatif termasuk bekerja bersama pelanggan-pelanggan seperti Golden Screen Cinemas, Southkey Properties, CDC Malaysia, Yayasan Sime Darby dan British American Tobacco Malaysia.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan