31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Raih untung RM1.2j jual motosikal curi

Mesti Baca

JAKARTA – Sindiket curi motosikal yang beroperasi di daerah Tangerang, Indonesia dilapor meraih keuntungan sehingga 4.5 bilion rupiah (RM1.2 juta) hanya dengan mencuri kenderaan bermotor.

Portal Tribunnews.com melaporkan,  perkara itu didedahkan Polis Daerah Tangerang selepas berjaya memberkas dua suspek kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai DS dan S.

Suspek hanya memerlukan masa selama tiga hingga lima saat untuk melarikan sebuah motosikal. GAMBAR HIASAN

Bagaimanapun, dua lagi suspek, A dan D masih lagi diburu.

Ketua Polis Daerah Tangerang, Ade Ary Syam Indradi berkata, DS dan S menjual motosikal yang dicuri mereka pada harga 2 juta rupiah (RM576) hingga 2.5 juta rupiah (RM720) sebuah sejak dua tahun lalu.

Katanya, kedua-dua pelaku kini ditetapkan sebagai suspek utama kes.

“Dalam sehari secara purata, suspek  mencuri lima motosikal sekali gus dalam setahun setiap suspek sudah mencuri paling sedikit  1,825 unit motor.

“Justeru, keuntungan yang sudah diperoleh para suspek mencapai jumlah antara 3 bilion rupiah (RM864,513) hingga 4.5 bilion rupiah (RM1.2 juta),” kata Ade, semalam.

Ade menjelaskan, dua suspek itu pernah dipenjara  dengan S dipenjara kerana mencuri motosikal manaka DS dipenjara kerana mengedar wang palsu.

Mengikut pengakuan suspek, mereka mencuri sekurang-kurangnya lima biji motosikal sehari sejak dua tahun lalu.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai mendalangi kecurian motosikal di Desa Talok, mukim Kresek pada  23 November lalu,”jelasnya.

Ade menjelaskan, kelicikan S dan DS mencuri berakhir selepas ditangkap penduduk kampung manakala seorang lagi ditahan di rumah sewa mereka di mukim Cikupa.

“Dari keterangan kedua-dua suspek, ada dua lagi individu terbabit dengan kumpulan itu dan mereka sedang kami biru,” katanya.

Ade sementara itu mengingatkan penduduk setempat supaya kekal berwaspada menjaga diri dan harta benda kerana suspek hanya memerlukan masa selama tiga hingga lima saat untuk melarikan sesebuah motosikal.

Katanya, kes disiasat mengikut Pasal 363 KUHP dan berdepan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan