29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sindiket cap: SPRM kesan 3 individu bantu siasatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, tiga individu itu membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 35 hingga 66 tahun.

Menurut kenyataan itu, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai dua alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

Katanya, lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

“SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu kata SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

Advertisements

Baru-baru ini, sindiket menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara lumpuh apabila SPRM menahan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam operasi besar-besaran pada 16 November lalu.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan ‘sting operation’ yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan 13 orang termasuk sembilan pegawai Imigresen direman di Johor manakala 23 lagi direman di Putrajaya hari ini.

“Ahli sindiket yang ditahan termasuk 27 pegawai Imigresen, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang bertindak sebagai orang tengah berusia antara 21 dan 46 tahun.

“Sindiket ini telah menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu dan berada di bawah radar pemantauan SPRM sejak bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas,” kata sumber itu lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan