24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ebit Lew sedia penginapan percuma untuk waris pesakit di IJN, HKL

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hari ini memperkenalkan Penginapan Kasih Umat (PKU) secara percuma buat waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara  (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ebit Lew menerusi hantaran Facebook menjelaskan, PKU ditawarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. 

Waris pesakit bakal menginap di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. – Foto FB

Menurutnya, PKU akan menggunakan Hotel Premiera di sini. 

“Jika sesiapa benar memerlukan boleh 011-70772380. Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung,” katanya hari ini.

Advertisements

Ebit Lew dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian beliau.

Ujar beliau, hotel itu amat cantik dan sangat selesa.

“4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan