32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tiada akses belajar ‘online’: Pemuda UMNO desak peruntukan ditambah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan menambah peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan 1.7 juta pelajar yang tiada akses kepada pendidikan dalam talian tidak dinafikan hak mereka untuk belajar.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu amat prihatin dengan laporan media mengenai dapatan kajian KPM yang menunjukan 37 peratus daripada lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.

Katanya, angka itu bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian akibat penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan.

Menurutnya, Belanjawan 2021 ada menyentuh secara langsung bantuan kepada kelompok pelajar terbabit melalui inisiatif GLC/GLIC di bawah seliaan Yayasan Hasanah yang akan menyumbang RM150 juta kepada Dana Cerdik untuk memberi komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah perintis.

“Bagaimanapun, inisiatif Yayasan Hasanah itu hanya menampung tidak sampai 9 peratus daripada 1.7 juta pelajar terbabit yang sebahagian besarnya adalah daripada kelompok B40 iaitu keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM4,800 sebulan.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan dapat menilai semula keperluan ini dengan menambah peruntukan kepada KPM bagi memastikan 1.7 juta pelajar ini tidak dinafikan hak mendapat akses kepada pendidikan dalam suasana norma baharu pembelajaran dalam talian di kala pandemik Covid-19 ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan, memaksa lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terpaksa meneruskan sesi pengajian secara dalam talian.

Advertisements

Ini tidak termasuk ratusan ribuan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turut terjejas.

Ramai melihat isu ‘miskin digital’ hanya dari segi keupayaan ekonomi seseorang dalam memiliki komputer, telefon dan akses kepada sambungan internet pantas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ‘miskin digital’ juga merujuk kepada individu yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dilaporkan berkata, seseorang itu dianggap ‘miskin digital’ jika tidak mahir menggunakan ICT kerana dalam dunia hari ini, orang ramai bekerja, berniaga dan berurusan melalui dalam talian.

Merujuk kepada kajian KPM, 37 peratus pelajar di bawah KPM tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.

Angka ini bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian.

Ini bermakna, jika takrifan di atas diambil kira, 1.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah secara automatik tergolong dalam kelompok ‘miskin digital’ dan ini realiti yang amat menyedihkan!

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan