24.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

KKM rancang saring 13,000 pekerja Top Glove

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk membuat saringan terhadap lebih kurang 13,000 orang pekerja yang terdapat dalam kawasan Kluster Teratai dekat Meru, Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah penduduk  terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada 17 November 2020 di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah-rumah pekerja adalah lebih kurang 5,900 orang.

Namun katanya, maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah sebanyak lebih kurang 13,000 orang yang bertugas di 28 buah bangunan kilang yang berbeza. 

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja ini,” katanya menerusi  satu kenyataan hari ini.

NOOR HISHAM ABDULLAH

PKPD Asrama Top Glove dikuatkuasakan 17 November lalu melibatkan kira-kira 3,550 pekerja yang tinggal di asrama pekerja Top Glove Meru, Klang.

PKPD itu dibahagikan kepada dua sektor kawasan iaitu sektor A dan B dengan keluasan keseluruhan sektor terlibat adalah enam hektar.

Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah diisytiharkan pada 7 November 2020. 

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 23 November 2020, terdapat 2,524 kes positif (43.8 peratus) Covid-19 yang telah dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes yang telah disaring.

Baca juga:   Kepimpinan UMNO bersolidariti tangani COVID-19

Ujarnya, sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan. 

Baca juga:   UMNO masih main politik isu pelantikan PM?

Beliau menjelaskan, kes-kes dalam kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun.

“Kebanyakan kes daripada kluster ini (Teratai) merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif telah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka telah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja-pekerja lain. 

“Pihak pengurusan kilang telah mengambil langkah inisiatif untuk mengasingkan pekerja-pekerja yang dikenalpasti sebagai kontak rapat di tempat-tempat kuarantin yang tertentu. Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan tiada kes kematian dilaporkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diadakan dengan pelbagai agensi kerajaan pada 23 November 2020, di mana ianya telah berkisar sekitar cadangan penutupan kilang-kilang berkaitan secara berperingkat.

Menurutnya, KKM menyambut baik perkara ini yang telah pun diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Ini membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh. Untuk itu, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan,” tambahnya. – Edisi 9

Baca juga:   Najib, Rosmah dibenar periksa 11,991 barang kemas disita

Wartawan

Terkini

Kes rasuah babit pelaku wanita meningkat, amat membimbangkan

BILANGAN kes rasuah membabitkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan