27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

“Kami dah jumpa abah”

Mesti Baca

SINGAPURA – Selepas 20 tahun terpisah, tiga beradik yang terputus hubungan dengan bapa kesayangan mereka yang kali terakhir diketahui berada di Singapura mendapat perkhabaran gembira apabila dimaklumkan lelaki itu masih sihat.

Malah, misi tiga beradik itu dalam mencari bapa mereka, Ali Jais berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam selepas berita berkaitan bapa mereka dilaporkan.

Menurut Hasliza, anak sulung Ali, bapanya kini berada di sebuah rumah jagaan warga emas di sini.

 “Kami dah jumpa abah. Alhamdulillah abah sihat. Saya dimaklumkan abah ingat semua nama anak-anak. 

“Apabila ditanya nama-nama anak semuanya betul,” kata Hasliza kepada Bernama yang dipetik berita Mediacorp, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, anak-anaknya yakin Ali masih berada di Singapura berdasarkan semakan di Jabatan Imigresen Malaysia beberapa tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hasliza, 41 tahun berkata, mereka dimaklumkan tentang keberadaan bapa mereka oleh seorang individu yang menghubungi adiknya, Khazimah melalui aplikasi WhatsApp tengah hari ini.

Katanya, dia kemudiannya menghubungi rumah jagaan itu yang mengesahkan identiti bapanya menerusi salinan kad pengenalan yang ada dalam simpanannya.

“Menurut pusat jagaan, abah ingat pada anak-anak cuma tidak tahu bagaimana untuk menghubungi kami,” katanya dalam tangis gembira.

Rayuan mengenai pencarian Encik Ali dibuat oleh anak bongsunya Khazimah, 37 tahun, dan turut dikongsi di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers yang kini mempunyai kira-kira 72,000 anggota.

Satu-satunya gambar bapanya yang ada dalam simpanan turut disertakan dalam perkongsian itu.

“Seorang hamba Allah telah memaklumkan kepada saya awal tengah hari tadi menerusi WhatsApp tentang keberadaan abah. Saya maklumkan kepada kakak sulung yang segera menghubungi pusat jagaan tersebut,” kata Khazimah.

Anak bongsu Ali itu amat berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama bapanya buat kali pertama dalam hidupnya pada tahun depan.  

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan