24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

TMJ doa negara dilindungi ancaman orang tamak, gila kuasa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim memuji peranan semak dan imbang yang dimainkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran negara, ketika satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tunku Ismail berkata, situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja. 

Menurut baginda, dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar. 

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

Advertisements

“Doa dan harapan saya adalah kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati Raja-raja Melayu,” tulis Tunku Ismail dalam hantaran Facebook, hari ini.

Raja-raja Melayu berkumpul di Istana Negara hari ini untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan Muhyiddin Jumaat lalu.

Mesyuarat yang dipercayai bagi membincangkan mengenai beberapa cadangan termasuk kemungkinan ‘darurat kesihatan’ untuk menangani peningkatan penularan Covid-19.

Tiada butiran berhubung cadangan itu, tetapi spekulasi tersebar luas mendakwa pengisytiharan darurat atau darurat separa antara perkara yang dikemukakan kepada Agong. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan