26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Timbang tarik sokongan kepada PN, bukti UMNO tidak tamak kuasa

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DATUK DR NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

TINDAKAN UMNO mengumumkan untuk membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) haruslah dilihat dari sudut yang lebih rasional bukan semata-mata “politiking”.

Pertama, ini membuktikan kepimpinan UMNO tidak tamak kuasa dan sedia bergerak sendiri jika kerajaan PN yang didominasi Bersatu tidak mampu bekerjasama dengan UMNO dalam konteks kepentingan rakyat.

Kita tidak boleh menyalahkan UMNO secara melulu dan mengatakan keputusan ini adalah berdasarkan ketamakan kuasa atau kesombongan UMNO.

Kerjasama UMNO dengan PN adalah rapuh tidak sekuat Muafakat Nasional.

Umum mengetahui kerjasama UMNO dengan PN adalah rapuh dan tidak sekuat Muafakat Nasional (MN). Suara dan hasrat ahli UMNO yang setia juga perlu didengari kepimpinan di mana mereka tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO dengan Bersatu.

Kedua, kerajaan PN bukan sahaja lemah dalam sokongan Ahli Parlimen, malah lemah dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan. 

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 turut mempengaruhi prestasi kerajaan tetapi kita dapat melihat kerajaan PN pada hari ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas seperti kerajaan BN yang lepas di mana mempunyai pelbagai dasar strategik seperti Transformasi Nasional 50, Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya yang jelas memberi manfaat hingga ke hari ini.

Jika kita hendak kekal sebagai sebuah gabungan, negara perlu ada hala tuju yang tepat supaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat.

Ketiga, apakah nilai perjuangan UMNO yang selama ini lantang membela nasib Allahyarham Adib, menentang LTTE, melawan Dong Zong dan sebagainya? Kini, semua itu seakan-akan dilupakan apabila menjadi kerajaan.

Kita tidak boleh terlalu taksub dengan kerajaan “Abah” ini. Banyak yang bercelaru serta tidak nampak hala tuju yang jelas.

UMNO mestilah bersifat tegas dalam kerjasama politik ini kerana kita tidak mahu rakyat rugi di kemudian hari.

• Penulis merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan