31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Munasabah UMNO nilai semula kerjasama dengan PN -Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah munasabah dan tidak keterlaluan.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,  ini mengambil kira banyak keputusan PN termasuk perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah sehingga membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMNO.

Sebagai contoh katanya, Perdana Menteri adalah dari Bersatu dan pengganti PM iaitu Azmin juga dari PPBM sekarang.

“Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun Pas. Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun Pas.


“Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas. Malah, tiada seorang pun dari UMNO atau Pas dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid.


“Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula bersama tiga orang menteri Bersatu. Tetapi UMNO kini digelar gila kuasa pulak?,” tulis Najib di Facebook.

Selain itu Najib menjelaskan, oleh kerana UMNO bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, UMNO dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.

Contohnya seperti gesaan berulang-kali UMNO untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan walaupun UMNO sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.

Advertisements

Dari segi pengawalan Covid-19 pula ujar beliau, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan Menteri Kesihatan dari UMNO untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN Sabah.

Ini katanya termasuk kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


“Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia dan kini, UMNO turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid-19.

“Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankanya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan)  biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri Bersatu sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.

“Namun ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah kita pula,” kata Najib.

Sementara itu, Najib berkata, sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, ramai penyokong dan akar umbi UMNO membantah kerjasama dengan Bersatu kerana parti tersebut telah banyak mengambil Ahli Parlimen dan ahli UMNO selain mereka baru sahaja bertembung di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Jangan dirosakkan Muafakat Nasional hanya kerana gimik politik pemimpin tertentu.

Menurut Najib, ramai yang mahu UMNO dan Pas mengukuhkan Muafakat Nasional dan menolak PN meskipun selepas berbulan kerajaan PN ditubuhkan

“Dan jika Perikatan Nasional boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?,” katanya.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan