27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Sukarelawan Spritzer bantu pulihara batu karang Pulau Tioman

Mesti Baca

TAIPING – Pengeluar air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, Spritzer Malaysia (Spritzer) baru-baru ini menyempurnakan inisiatif pemuliharaan dan penanaman semula batu karang di dasar laut sekitar Salang, Pulau Tioman, Pahang bagi membantu memulihara ekosistem marin kawasan tersebut.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, inisiatif tersebut di bawah Program Pemuliharaan Pulau Spritzer dan dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan LegeS Divers, yang membantu memantau batu-batu karang dan mengemas kini maklumat kepada Spritzer mengenai kemajuannya.

“Program ini dilakukan dengan inisiatif sukarelawan Spritzer, dengan kerjasama LegeS Divers, membantu didalam kerja-kerja penanaman semula dan pemuliharaan batu karang di pesisiran pantai Salang,” kata Spritzer.

Inisiatif ini begitu penting kepada ekosistem laut di sekitar Pulau Tioman kerana batu karang memberi perlindungan kepada banyak spesies ikan dan juga melindungi garis pantas daripada ribut taufan dan hakisan.

Seorang penyelam menanam semula batu karang di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.

Sukarelawan Spritzer juga membantu sukarelawan daripada komuniti tempatan dan LegeS Divers dari 18 – 20 September 2020 mengutip sampah sarap di pantai selain di dasar laut bagi mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih di kedua-dua daratan dan laut.

Baca juga:   Malaysia, Sepanyol jalin kerjasama terokai bidang STI

Program Pemuliharaan Pulau adalah sebahagian daripada sumbangan Spritzer kepada kelestarian alam sekitar selain mencetuskan kesedaran dalam kalangan kakitangan mengenai kepentingan planet memiliki sistem ekologi yang teguh. – Edisi 9

Baca juga:   Banjir puing kayu bukan kerana pembalakan - Pakar

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan