26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PKPB di Sandakan, Tuaran, Papar dan Klang, 384 sekolah ditutup

Mesti Baca

KUALA LUMPUR –  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor, bermula 9 Oktober ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat daerah itu merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.


Katanya, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di empat daerah berkenaan.

ISMAIL SABRI YAAKOB


“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covif-19 selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari di daerah terlibat.


“Berikutan itu, pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.


“Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan,” katanya, hari ini 

Ismail Sabri memberitahu,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.

Memetik Astro Awani, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan:


• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.

• Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.• Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 hingga 6 petang.

• Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu,penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.

• Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

• Operasi pasar harian adalah antara hingga 6 pagi hingga 2 petang sahaja.

• Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.• Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

• Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

• Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

• Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

• Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.

• Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.

• Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.

• Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.

• Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.

• Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.


Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

“Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, semua sekolah yang disahkan berada dalam zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober hadapan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, semua sekolah di daerah Klang, Selangor dan di daerah Sandakan, Papar serta Tuaran, Sabah akan ditutup susulan wabak Covid-19 yang berlaku.

Katanya, ia akan membabitkan sebanyak 142 sekolah di daerah Klang dan 242 sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.

“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama terbabit untuk pulang,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun katanya, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid,” katanya.

Menurutnya, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

“Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terbabit dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

“Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM,” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan