24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isu air Selangor dapat perhatian saintis AS

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang biologis molekular Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas ciapannya mengenai penemuan air di bulan oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) turut mendapat reaksi dari rakyat Malaysia.

Menurut Raven Baxter, ciapan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @ravenscimaven itu mendapat jumlah ulang kicau yang banyak daripada pengguna internet dari Malaysia.

Tangkap layar ciapan Baxter di Twitter.

Mereka mengaitkan penemuan air di bulan dengan gangguan bekalan air di Selangor.

“Kita meraikan air dijumpai di bulan, tetapi sebahagian besar ulang kicau ini berasal dari orang-orang di Selangor (Malaysia) yang mengalami gangguan bekalan air utama kerana pencemaran sumber air mentah. Kita tidak memenuhi keperluan air asas di bumi,” tulis saintis dari New York itu, semalam.

Tinjauan mendapati, ciapan itu diulang kicau lebih 8,451 kali dan disukai lebih 6,273 kali.

Advertisements

Baxter yang juga ahli muzik dan model dalam satu lagi ciapan berkata, Selangor bukan satu-satunya tempat yang mengalami kesukaran air.

“Kita mendengar banyak kisah mengenai penduduk tanpa air. Air penting untuk kehidupan di bumi. Kita mesti pastikan akses air dijamin untuk setiap manusia,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ciapan balas daripada netizen negara ini, Baxter berkata, dia dapat belajar mengenai banyak perkara.

“Saya sangat gembira sehingga saya putuskan untuk memberi lebih perhatian terhadap apa yang terjadi di rantau lain yang tidak pernah saya pergi atau dengar,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan