24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hishamuddin nafi ‘lobi’ jawatan Timbalan Perdana Menteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan beliau tidak pernah mengadakan sebarang usaha untuk dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagaimana lapor sebuah akhbar Cina.

Menurutnya, laporan akhbar itu mengundang pelbagai persoalan dan reaksi banyak pihak.

Berikut merupakan kenyataan penuh Hishamuddin dari akaun Facebook rasmi beliau:

1. Merujuk artikel Sin Chew Daily yang mengaitkan saya sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan reaksi – saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengadakan usaha ke arah perkara tersebut. Malah saya berterima kasih kepada parti kerana menyokong saya mewakili UMNO sebagai Menteri dalam Kerajaan hari ini. 

Advertisements

2. Saya percaya, perkara terpenting yang menjadi fokus Kerajaan dan UMNO sekarang ialah sidang Parlimen, Belanjawan 2021 dan mengurus krisis COVID-19, bukan soal jawatan.

3. Pendirian ini selari dengan kenyataan media Presiden UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tempoh hari iaitu menyahut seruan Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak berhenti berpolitik seterusnya bersatu memerangi COVID-19.

4. Apa jua pendirian dan keputusan adalah demi kepentingan parti – dulu, kini dan selamanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan