28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Agong kurnia bungkusan makanan kepada gelandangan KL

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, petang semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran Facebook berkata, menjunjung titah Al-Sultan Abdullah, pegawai dan kakitangan Istana Negara mengagihkan bungkusan makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. 

Bungkusan makanan diagihkan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, semalam. foto ISTANA NEGARA

Menurut kenyataan itu, kurniaan makanan berkenaan merupakan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda, dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen, kepada golongan gelandangan.

“Aktiviti ini berlangsung semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Sumbangan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka, lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak Covid-19,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menambah, semoga kurniaan Seri Paduka Baginda tersebut dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan