32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

26 ladang babi buang sisa kumbahan dalam sungai

Mesti Baca

GEORGE TOWN – Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis haiwan berkenaan secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.

Memetik Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri Dr Norlela Ariffin berkata, buat masa ini, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merujuk pemilik ladang babi itu ke mahkamah sementara menunggu Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 dikuatkuasakan, tahun depan.

NORLELA ARIFFIN

“Menerusi enakmen itu juga, tindakan perobohan ladang penternakan babi yang tidak mengikuti syarat, termasuk membuang sisa ke dalam sungai boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Sri Pinang, semalam.

Norlela memberitahu, sementara enakmen itu dikuatkuasakan pada 1 Jan 2021, pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai disebabkan pelepasan kumbahan dari ladang babi tersebut.

“Antaranya, bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memasang perangkap di kawasan parit supaya sisa kumbahan ladang babi tidak terus masuk ke sungai.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melupuskan sisa pepejal babi, termasuk menukarnya bagi industri biogas,” katanya.

Sementara itu, Norlela menambah menerusi enakmen terbabit juga, semua pemilik ladang ternak babi perlu menaik taraf ladang mereka kepada ladang tertutup dan perlu memastikan ladang itu memiliki keluasan yang mencukupi untuk membina kolam kumbahan supaya sisa tidak terus dibuang ke dalam sungai.

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan