30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Badan mangsa kemalangan berkecai, 2 jam bomba kutip cebisan daging

Mesti Baca

IPOH – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas badannya hancur digilis beberapa kenderaan dalam satu kejadian di Kilometer 295 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat sini, awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu hantaran Facebook berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.54 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat seorang mangsa dalam keadaan badan berkecai akibat digilis oleh kenderaan dan telah disahkan maut.

“Anggota kemudiannya bertindak melakukan pembersihan jalan dan mengumpul cebisan daging mangsa sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kenyataan itu, hari ini.

Kata kenyataan itu, operasi menyelamat diketuai PBK II Mohd Tarmizi Rashid.

Katanya, operasi mengumpul cebisan daging mangsa berjalan selama dua jam.

Tambahnya, operasi itu kemudiannya tamat pada pukul 6.36 pagi.

Sementara itu, polis mengenal pasti mangsa kemalangan maut di lebuh raya Plus itu sebagai suspek yang dikehendaki bagi kecurian motosikal di Kedah.

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata motosikal dilaporkan dicuri oleh mangsa di Alor Janggus, Alor Setar, semalam.

Advertisements

Katanya, semakan juga mendapati mangsa ialah suspek kes pecah rumah di Alor Setar pada 11 Oktober dan di Kuala Kedah pada 12 Oktober.

“Suspek juga dikehendaki dalam kes Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan pagar Masjid Kubang Siam yang berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 3.35 pagi tadi, kereta melanggar motosikal di Kilometer (km) 295.8 Projek Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan susur keluar Tol Gopeng.

Hasron berkata, mangsa ialah lelaki berusia 40 tahun berasal dari Terengganu.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal terbabas sendiri tanpa melanggar apa-apa objek, lalu jatuh dan digilis oleh kereta serta kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa maut di tempat kejadian kerana diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian. Motosikal dijumpai di lorong kecemasan lebih kurang satu km dari tempat kejadian,” katanya.

“Lima lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di dalam kereta tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifkasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan