30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiada anggota ATM mengundi awal dijangkiti Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat anggotanya yang terlibat dalam pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangkiti Covid-19.

Kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, perkara itu disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Awam ATM.

Ia berikutan penularan berita tentang terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga ATM setelah mencelup jari dalam dakwat semasa proses pengundian awal tempoh hari.

“ATM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah,” kata kenyataan tersebut.

Advertisements

Pengundian awal PRN Sabah diadakan pada Selasa lalu membabitkan 16,877 pengundi iaitu 7,487 terdiri daripada anggota tentera manakala 9,390 lagi adalah anggota polis serta pasangan masing-masing.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi twitternya menegaskan bahawa dakwat tidak pernah dilaporkan menjadi punca jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun beliau merayu semua yang terlibat dalam PRN Sabah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berkempen.

Katanya, perkara itu perlu dipatuhi oleh semua pihak tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat berikutan peningkatan kes menjelang hari pembuangan undi esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan