26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ahli Parlimen PKR Malaysia Timur dapat arahan ‘buat persiapan’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR –  Ahli Parlimen PKR dari Malaysia Timur dikatakan mendapat arahan untuk bertolak ke Kuala Lumpur hari ini “untuk membuat persiapan”, lapor akhbar Sin Chew.

Walaupun laporan itu tidak menyebut tujuan persiapan itu, ia dipercayai  berkaitan dengan Istana Negara yang membenarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan “kukuh” dan “meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

PKR mempunyai 2 ahli Parlimen di Sarawak, iaitu Larry Sng (Julau) dan Michael Teo Yu Keng (Miri), serta Awang Husaini Sahari (Putatan) dan Christina Liew Chin Jin (Tawau) di Sabah.

Menurut Sin Chew dalam laporan yang dipetik Free Malaysia Today, Sng sudah berada di Kuala Lumpur manakala Teo sudah diarah berbuat demikian pagi tadi.

Sng ketika ditanya pemberita enggan mengulas perjalanan itu, manakala Teo pula sudah memasukkan pakaian rasmi ahli Parlimen dan songkok dalam bagasinya.

Dalam perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk SERI Nazri Aziz dilapor akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut.

Timbul persoalan mengenai nasib kerajaan dipimpin Perikatan Nasional (PN) selepas Anwar mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditambah pula pengakuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada dalam kalangan ahli Parlimennya dan Barisan Nasional menyokong Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mereka berbuat demikian.

“Saya menyokong pendirian Zahid untuk tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar. Kerajaan hari ini adalah kerajaan MP (ahli Parlimen),” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan