26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Mangsa keracunan karbon monoksida sudah sedar daripada koma

Mesti Baca


BUKIT MERTAJAM – Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida di Sama Gagah, Seberang Jaya, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma selepas seminggu menerima rawatan.

Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa juga dikatakan mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

“Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya di sini, semalam 

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun, berhenti rehat hingga tertidur di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Advertisements

Bagaimanapun, empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang bapa mangsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Manakala, kembarnya pula, Nor Aqilah dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan