KOTA KINABALU – UMNO Sabah hari ini mengumumkan senarai calon bagi 31 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Bung Radin membuat pengumuman itu semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin-pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah di sini.

Bung Moktar yang akan bertanding di kerusi DUN Lamag menjelaskan, sebanyak 95 peratus muka baharu diketengahkan oleh UMNO kali ini sekali gus menepati janji beliau untuk mengutamakan muka baharu.
Menurutnya, hanya dua muka lama sahaja bertanding iaitu beliau sendiri dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang bakal bertanding di DUN Usukan.
Malah Bung Moktar juga yakin semua calon tersebut mampu memenangi kerusi-kerusi DUN yang mereka tandingi.
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menyandang kerusi DUN Sungai Sibuga tiada dalam senarai UMNO Sabah.
Berikut adalah senarai penuh calon-calon UMNO/BN:
- DUN Banggi – Akram Ismail
- DUN Bengkoka – Harun Durabi
- DUN Pitas – Sufian Abdul Karim
- DUN Tempasuk – Mohd Arsad Bistari
- DUN Usukan – Datuk Seri Salled Said Keruak
- DUN Pantai Laut – Jasnih Daya
- DUN Karambunai – Datuk Yakubah Khan
- DUN Darau – Datuk Jumat Idris
- DUN Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee
- DUN Tanjung Keramat – Shahelmey Yahya
- DUN Pantai Manis – Mohd Tamin @ Tamin Zainal
- DUN Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin
- DUN Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi
- DUN Sindumin – Sani Miasin
- DUN Kemabong – Datuk Raime Unggi
- DUN Telupid – Abdul Wahab Abdul Gani
- DUN Sugut – James Ratib
- DUN Gum Gum – Suhaimi Nasir
- DUN Sungai Manila – Mokran Ingkat
- DUN Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian
- DUN Sekong – Hazulizah Md Dani
- DUN Kuamut – Juhari Janan
- DUN Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
- DUN Sukau – Datuk Jafry Ariffin
- DUN Tungku – Momen Anchai
- DUN Kunak – Halid Harun
- DUN Sulabayan – Abdul Manan Indanan
- DUN Balung – Hamid Awang
- DUN Kukusan – Chaya Sulaiman
- DUN Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy
- DUN Paginatan – Junaidi Sahat