23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Mohamaddin mohon maaf, nafi hina anggota keselamatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas menteri pelancongan seni dan budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan beliau menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di Tanduo seperti yang diputarbelitkan oleh pihak lawan, khususnya parti dari semenanjung.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya yang dipetik Malaysiakini hari ini.

Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

Terdahulu media melaporkan Mohammadin mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.

Berdasarkan video yang tular itu, beliau berucap semasa kempen baru-baru ini dengan berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan “perang” dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU (pilihan raya umum) yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

Baca juga:   17,045 kes baharu, jumlah terkumpul lepasi 1 juta

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihan raya tiada pula peperangan itu.

Baca juga:   'Trafalgar Square' Sabah asing di negeri sendiri

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya seperti di laporkan Astro Awani.

Dalam insiden itu, seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan