25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kelentong Mahathir makin ke laut – Puad Zarkashi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kelentong Tun Dr Mahathir Mohamad ‘makin ke laut’ apabila mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim adalah kerana berlaku banyak sogokan wang.

Mohd Puad mempersoalkan bagaimana pengundi dibenarkan menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar semasa mengundi.

PUAD ZARKASHI

Ini selepas Mahathir mendakwa pengundi di Slim menerima bayaran pertama sebanyak RM100 manakala baki selebihnya sebanyak RM250 dijelaskan apabila pengundi menunjukkan bukti bergambar mereka memangkah BN.

“Sudah tentu gambar itu diambil menggunakan handphone. Bolehkah handphone digunakan untuk mengambil gambar semasa mengundi?

“Seorang dua mungkin terlepas. Tapi mustahil 1,000 orang boleh terlepas. Belum lagi 13,060 orang yang mengundi calon BN. Takkan petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tak nampak.

“Apalah Mahathir. Makin lama makin ke laut kelentongnya” katanya di Facebook hari ini.

Advertisements

Semalam, Mahathir mendakwa pengundi PRK Slim telah disogok dengan duit semasa mereka menaiki bas dan van ke pusat mengundi.

Mahathir berkata, meskipun Pejuang sudah menjangkakan mereka akan kalah dalam PRK itu namun bekas perdana menteri tersebut menegaskan mereka tidak menjangkakan jumlah undi yang diperolehi agak teruk.

Menurutnya, Pejuang hanya mampu memperoleh lebih 2,000 undi sedangkan berdasarkan jangkaan awal, Pejuang seharusnya mampu memperoleh lebih 4,000 undi.

“Kita punya kira-kira, kita patut dapat 4,000 undi, kita tak dapat angka itu. Setelah kita kaji dan kita dapati bahawa kegunaan wang sogokan amat berleluasa.

Puad menambah, mungkin atas sebab itu Mahathir terkejut apabila calon Pejuang kalah teruk. – Edisi 9


“Dia ramal calonnya akan dapat 4000 undi. Tapi cuma dapat 2115 undi sahaja,” ujar Mohd Puad.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan