23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

PM minta masyarakat bantu peniaga

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meneruskan aktiviti turun padang beliau bagi mendengar secara lebih dekat lagi masalah rakyat khasnya mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali ini, beliau berpeluang mengunjungi medan selera Presint 9, tempat yang menjadi tumpuan warga Putrajaya untuk makan tengah hari.

Menurutnya, beliau memang sudah lama berhasrat ke premis itu tetapi baru berkesempatan berbuat demikian.

Selain meninjau gerai dan beramah mesra dengan pengunjung, beliau turut menikmati hidangan tengah hari yang dijual peniaga.

Muhyiddin sempat menikmati mi rebus, nasi lemak ayam rempah, tempe dan pisang goreng cicah cili kicap serta air ‘detox’ soda herba.

Advertisements

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan oleh para peniaga di medan selera ini yang bisnes mereka kini sudah semakin pulih.

“Walaupun jualan agak perlahan berbanding sebelum Covid-19 melanda negara, rata-ratanya bersyukur kerana sudah boleh kembali berniaga dan mencari pendapatan seperti biasa.

“Saya harap mereka akan terus cekal.Saya juga doakan agar bisnes mereka yang terjejas sebelum ini, kembali rancak,” kata Muhyiddin menerusi catatan di Facebook beliau.

Muhyiddin pada masa sama merakamkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada pengunjung yang datang bertegur sapa semasa berada di medan selera itu.

“Teruskanlah mengunjungi medan selera ini.Insya-Allah semoga dapat membantu para peniaga di medan selera ini memulihkan perniagaan mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan