31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hina Nabi Muhammad, lelaki Kristian dihukum gantung

Mesti Baca

LAHORE – Sebuah mahkamah Pakistan, semalam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang penganut Kristian atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW.

Pekerja kilang pakaian, Asif Pervaiz, didakwa oleh penyelianya kerana menghantar kenyataan menghina Nabi Muhammad kepadanya menerusi satu pesanan teks.

Perbuatan menghina nabi membawa hukuman mati mandatori di Pakistan, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Pervais disabitkan bersalah atas pertuduhan itu selepas satu perbicaraan di Lahore yang bermula sejak 2013. 

Bagaimanapun, peguamnya Saif-ul-Malook memberitahu agensi berita Reuters, beliau akan memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Mengikut perintah mahkamah, Pervaiz akan dipenjara selama tiga tahun terlebih dahulu kerana “menyalahguna” telefon bimbitnya untuk menghantar pesanan teks menghina nabi sebelum digantung sampai mati.

Perintah itu menambah, lelaki itu turut didenda 50,000 rupee (RM1,252).

Saif-ul-Malook berkata, anak guamnya memberitahu mahkamah bahawa penyelianya membuat dakwaan itu hanya selepas dia enggan memeluk Islam. Peguam pengadu, Murtaza Chaudhry, bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

PENYOKONG parti Tehreek-e-Labaik Pakistan (TLP) mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan majalah Charlie Hebdo menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad di Karachi awal bulan ini. – REUTERS

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa, undang-undang menghina nabi sering disalahgunakan terhadap golongan minoriti atau umat Islam untuk menyelesaikan permusuhan peribadi.

Ekstremisme Islam semakin meningkat di Pakistan dan tuduhan sedemikian boleh mencetuskan keganasan jalanan.

Malah, seorang warga Amerika Syarikat yang berasal dari Pakistan dalam satu perbicaraan di Peshawar Julai lalu ditembak mati dalam bilik mahkamah oleh seorang remaja yang mendakwa lelaki itu menghina Nabi Muhammad.

Sejak ditahan, remaja itu dijulang sebagai wira  oleh penyokongnya di Pakistan dan ribuan umat Islam mengadakan protes untuk menuntut pembebasannya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan