24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Pemuda UMNO bantah caj pembelian ‘online’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO membantah cadangan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus bagi urusniaga dalam talian yang dibuat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, amat tidak wajar langkah itu laksanakan di kala rakyat dihimpit kepayahan hidup akibat dampak Covid-19 yang masih belum berakhir. 

“Sepatutnya kerajaan fokus menggalakkan urusniaga atas talian dengan memberi insentif bukan mengenakan caj. Pemuda UMNO bantah!” tulis beliau di Facebook.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

“Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

Advertisements

“Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

“Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku.

“Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

Sementara itu, banyak pihak menentang hasrat kementerian melaksanakan caj berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan menentang cadangan mengenakan caj ke atas transaksi dalam talian jika ia dibawa ke Kabinet.

“Kerajaan belum membuat sebarang keputusan (caj pembelian dalam talian), jika dibawa ke Kabinet, sudah tentu saya bantah,” katanya.

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan