27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, February 26, 2024

Budak pandu lori pula tular, polis cari ibu bapa pemandu

Mesti Baca

SEREMBAN – Kurang 24 jam video melibatkan murid tahun tiga memandu kereta di Rembau tular, muncul pula satu klip terbaharu di media sosial merakamkan seorang kanak-kanak dipercayai dari Rantau memandu lori tangki, sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit itu menunjukkan  seorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan sebuah lori tangki dan mula tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, polis dengan itu sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kanak-kanak lelaki itu memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau.

“Kami menerima satu laporan polis berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Said menambah, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam,  Polis Daerah Rembau mengeluarkan saman ke atas bapa kepada kanak-kanak lelaki darjah tiga yang didapati memandu sebuah kereta Proton Saga seperti yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, saman dikeluarkan itu mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kenderaannya dipandu oleh pemandu bawah umur.

Satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Terkini

Rangka strategi jangka panjang sebelum mansuh pencen

Oleh DR SAFIAH OMAR PEKERJA sektor awam yang dilantik selepas 1 Februari 2024 tidak lagi mempunyai skim pencen seperti penjawat...

Lagi Artikel Berkaitan