29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Suhu terpanas dunia direkodkan di California

Mesti Baca

LOS ANGELES – Jika anda merasakan suhu terpanas di dunia adalah di Afrika mahu pun Asia Barat, anda sama sekali silap.

Ini kerana, Taman Negara Death Valley di California dilaporkan merekodkan bacaan suhu 54.4 Celcius atau 130 Fahrenheit, suhu tertinggi pernah direkodkan di Bumi.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sedang mengesahkan rekod itu.

Suhu itu direkodkan di tengah-tengah gelombang haba yang berlaku di pantai barat AS dengan suhu direkodkan meningkat minggu ini.

Cuaca panas itu mengakibatkan California terputus bekalan elektrik selama dua hari selepas sebuah jana kuasa gagal berfungsi sejak Sabtu lalu.

“Ia panas yang melampau dan dirasai di wajah anda,” kata Brandi Stewart yang bekerja di Taman Negara Death Valley kepada BBC.

Stewart telah bekerja selama lima tahun di taman negara itu dan kerap berada di tempat tingganya selepas berada tidak selesa di luar.

“Bila anda berjalan di luar, wajah anda seperti sedang terkena pengering rambut.

“Anda merasa panas dan seperti anda sedang berjalan di ketuhar dan suhu panas itu berada di sekeliling,” katanya.

Suhu paling panas di dunia sebelum ini direkodkan juga di Death Valley dengan bacaan 54 Celcius pada 2013.

Cuaca panas melampau itu amat berbahaya kepada manusia.

Sebelum ini, bacaan suhu setinggi 55 Celcius pernah direkodkan di Tunisia pada 1931 namun rekod itu mempunyai masalah kredibiliti termasuk bacaan lain yang direkodkan di Afrika.

Sementara itu, gelombang haba dari Arizona ke Washington dijangka mencapai kemuncak antara Isnin dan Selasa.

Cuaca panas di AS itu dijangka berterusan selama 10 hari lagi.

Terkini

Siti Hajar berhasrat bawa masyarakat cakna isu semasa

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan